PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI GREEN ESCAPE 2026 “CLEAN SHORE, GREEN FUTURE” SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2026 DAN HARI MALAYSIA

JAS WP LABUAN 22/09/2026 23 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI GREEN ESCAPE 2026 “CLEAN SHORE, GREEN FUTURE” SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2026 DAN HARI MALAYSIA
Subjek
pantaiplastikpembersihanLabuan
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
16/09/2026
Organisasi
Rakan Alam Sekitar, SMK Labuan, Jabatan Alam Sekitar
Lokasi
Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

Penerangan

Rakan Alam Sekitar (RAS), SMK Labuan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Program Pembersihan Pantai Green Escape 2026 bertemakan “Clean Shore, Green Future” bersempena dengan Hari Ozon Sedunia 2026. Program ini berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Wilayah Persekutuan Labuan yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya warga sekolah dan komuniti setempat, mengenai kepentingan menjaga kebersihan pantai serta melindungi alam sekitar secara berterusan. Aktiviti pembersihan pantai ini turut menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam mengurangkan pencemaran serta memelihara kebersihan kawasan pesisir pantai dan ekosistem marin. Program ini juga diselitkan dengan ceramah ringkas tentang bahaya micro plastik yang disampaikan oleh JAS Wilayah Persekutuan Labuan untuk perkongsian bersama semua peserta. Hasil aktiviti pembersihan yang dijalankan, sebanyak 318.60 kilogram (kg) sisa pepejal telah berjaya dikumpulkan dari kawasan pantai. Pencapaian ini mencerminkan komitmen serta kerjasama semua pihak dalam memastikan kawasan pesisir pantai kekal bersih, selamat dan terpelihara. Program ini diharapkan dapat menyemai kesedaran bahawa kebersihan pantai merupakan tanggungjawab bersama, selaras dengan aspirasi “Clean Shore, Green Future” demi kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.