PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

BENGKEL PENGENALAN PELAN TUMPAHAN MINYAK NEGERI SABAH

JAS SABAH 23/09/2026 16 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENGENALAN PELAN TUMPAHAN MINYAK NEGERI SABAH
Subjek
-
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
15/09/2026
Organisasi
JAS Sabah
Lokasi
Sheraton Hotel KK

Penerangan

15 September 2026 – Bengkel Pengenalan Pelan Tumpahan Minyak Negeri Sabah telah diadakan di Sheraton Hotel KK. Tujuan utama pelaksanaan bengkel adalah untuk memperkenalkan dan membincangkan pelan kontigensi dalam tindak balas kawalan tumpahan minyak di peringkat negeri Sabah. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Puan Nor Rashidah Binti Ghazali, Pengarah JAS Sabah. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta Syarikat Minyak dan Gas, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS- MPM) dan Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG). Penglibatan pelbagai agensi ini memperlihatkan komitmen dan kerjasama bersepadu antara pihak kerajaan dan pihak industri dalam memperkukuhkan keupayaan negeri menghadapi insiden tumpahan minyak. Kerjasama strategik ini penting bagi memastikan setiap agensi memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing serta dapat bertindak secara cekap, pantas dan terselaras dalam menghadapi sebarang insiden yang boleh menjejaskan alam sekitar marin dan kepentingan sosioekonomi negeri. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah merakamkan penghargaan kepada PETRONAS MPM yang menaja sepenuhnya penganjuran bengkel. #jabatanalamsekitar ##alamsekitartanggungjawabbersama