Koleksi Gambar / Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI LIBAT URUS BAGI SANDAKAN GAS DEVELOPMENT PROJECT (SGDP)
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 10/09/2026
- Organisasi
- JAS Sabah
- Lokasi
- Bilik Mesyuarat Sipadan
Penerangan
* Tarikh: 10 September 2026 (Khamis).
* Masa: 9.00 Pagi.
* Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan
* Pihak Terlibat: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah dan Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC).
Tujuan Sesi Libat Urus:
* Mendapatkan pandangan dan nasihat awal daripada pihak JAS mengenai keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk projek tersebut.
* Membincangkan keperluan pematuhan alam sekitar yang berkaitan dengan pelaksanaan projek yang melibatkan Talian Gas dan Loji Janakuasa.
* Membentangkan maklumat awal projek bagi mendapatkan maklum balas JAS mengenai skop, keperluan penilaian, serta perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian pada peringkat awal pembangunan projek.
* Memastikan perancangan cadangan projek ini selari dengan keperluan perundangan serta pengurusan alam sekitar.
Sekian dimaklumkan.
Unit EIA & Input Pembangunan