PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN UDARA DI JALAN PERUPUK, TELOK PANGLIMA GARANG

JAS SELANGOR 24/09/2026 15 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN UDARA DI JALAN PERUPUK, TELOK PANGLIMA GARANG
Subjek
ADUAN PENCEMARAN UDARA
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
24/09/2026
Organisasi
JAS Selangor
Lokasi
Telok Panglima Garang

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menjalankan siasatan aduan berkaitan pencemaran udara di Jalan Perupuk, Telok Panglima Garang Selangor. Pegawai siasatan telah mengadakan pemeriksaan terhadap premis yang menjalankan aktiviti kitar semula bahan buangan getah dan juga buangan plastik untuk menghasilkan produk minyak menggunakan kaedah pyrolysis yang disyaki menjadi punca kepada pencemaran udara tersebut. Pemeriksaan mendapati 2 unit rotary kiln yang masih beroperasi bersama 1 unit scrubber dan 1 unit cerobong yang dipasang dan dihalakan ke tanah. Selain itu terdapat juga 4 unit skid tank yang digunakan untuk menyimpan produk minyak pyrolysis yang dihasilkan dan 1 unit beg fleksibel bersaiz besar yang digunakan untuk menyimpan gas methane yang terhasil daripada proses pyrolysis yang digunakan semula untuk tujuan pembakaran. Pasukan penyiasat juga melakukan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), AKAS 1974 bagi memastikan sistem sedia ada tidak boleh beroperasi untuk siasatan selanjutnya oleh JAS Cawangan Sepang. Wakil premis juga diarahkan untuk hadir ke pejabat JAS Cawangan Sepang bagi tujuan rakaman percakapan. Pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan bagi memastikan premis tidak beroperasi sepanjang tempoh Penahanan Operasi Kelengkapan.