Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- DALANG AKTIVITI PEMEROLEHAN KEMBALI BUANGAN E_WASTE DIHADAPKAN KE MAHKAMAH
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/09/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- KUALA SELANGOR
Penerangan
Seorang pengusaha kitar semula yang disyaki sebagai dalang aktiviti pemerolehan kembali buangan e-waste telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor hari ini atas lapan (?? pertuduhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Selangor Puan Nurul Mardhiah binti Mohammed Redza telah memberikan jaminan sebanyak RM48,000 dengan seorang penjamin bagi memastikan kehadirannya di Mahkamah pada tarikh-tarikh sebutan akan datang.
Merujuk Kertas Pertuduhan, pemeriksaan ke atas premis dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar sekitar tahun 2024 dan 2026, siasatan mendapati Orang Kena Saman (OKS) ini menjalankan aktiviti kitar semula buangan elektrik dan elektronik atau e-waste yang dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW110, dan buangan bateri asid plumbum yang dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW102. Susulan pemeriksaan tersebut, syarikat ini telah dituduh dengan lapan pertuduhan iaitu dua pertuduhan di bawah Seksyen 34B(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dua pertuduhan di bawah Seksyen 34A(6), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dua pertuduhan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan dua pertuduhan di bawah Seksyen 19(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Untuk rekod, kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta ini menetapkan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, dan denda minimum RM100,000 dan tidak melebihi RM10juta, kesalahan di bawah Seksyen 34A, Akta ini menetapkan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, dan denda minimum RM100,000 dan tidak melebihi RM1juta, dan kesalahan di bawah Seksyen 18 dan 19 Akta yang sama menetapkan hukuman denda minimum RM25,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada lima (5) tahun atau kedua-duanya.
Semua pihak diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan syarikat atau mana-mana individu berkaitan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti ini dibawa ke mahkamah.