PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENEMUAN BAGASI DISYAKI E-WASTE DI KLIA, SEPANG

JAS SELANGOR 24/09/2026 23 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENEMUAN BAGASI DISYAKI E-WASTE DI KLIA, SEPANG
Subjek
e-waste
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
24/09/2026
Organisasi
JAS Selangor
Lokasi
SEPANG

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menerima maklumat daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA, berhubung penemuan satu unit bagasi yang mengandungi barangan disyaki buangan e-waste. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu (1) unit bagasi yang dianggarkan seberat 20.8 kilogram dipercayai telah didaftarkan dari negara China ke negara ini mengandungi sejumlah komponen elektronik dipercayai Integrated Circuit (IC) Chips dan telah dibungkus menggunakan plastik lut sinar berwarna putih. Berdasarkan pemeriksaan kandungan tersebut berpotensi diklasifikasikan sebagai Buangan Terjadual SW110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pihak AKPS telah menahan Orang Yang Disyaki (OYDS) bagi membantu siasatan dan kemudiannya dibawa ke Pejabat JAS Cawangan Sepang bagi tujuan rakaman percakapan. Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 34B(1)(b), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana disyaki mengimport buangan terjadual tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling. Patuhi undang-undang! kesalahan berkaitan buangan terjadual boleh menyebabkan mana-mana pihak dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 100,000.00 dan tidak melebihi RM 10 juta.