PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

BERMULA JANUARI SEHINGGA 15 SEPTEMBER 2026, JAS NEGERI SELANGOR TELAH MENJALANKAN PEMERIKSAAN KE ATAS 1,181 BUAH KONTENA DI PELABUHAN KLANG

JAS SELANGOR 24/09/2026 50 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BERMULA JANUARI SEHINGGA 15 SEPTEMBER 2026, JAS NEGERI SELANGOR TELAH MENJALANKAN PEMERIKSAAN KE ATAS 1,181 BUAH KONTENA DI PELABUHAN KLANG
Subjek
e-waste
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
24/09/2026
Organisasi
JAS Selangor
Lokasi
Pelabuhan Klang

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1181 buah kontena yang disyaki membawa buangan terjadual dI Pelabuhan Klang bermula daripada Januari sehingga 15 September 2026. Operasi pemeriksaan telah dijalankan secara bersepadu melibatkan agensi-agensi lain iaitu Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, sebanyak 648 kontena telah didapati membawa buangan terjadual. Tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan bagi mengarahkan kontena yang membawa buangan terjadual tersebut keluar dari Malaysia. Pemulangan kontena ini adalah amaran tegas bahawa Malaysia tidak membenarkan sebarang pengimportan buangan berbahaya merentasi sempadan selaras dengan komitmen negara di bawah Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya. Orang ramai adalah diingatkan bahawa sebarang pengimportan buangan terjadual tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan apabila disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara dan denda tidak kurang daripada RM 100,000.00 dan tidak melebihi RM 10 juta ringgit.