Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN KEBAKARAN TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI BUKIT RAHMAN PUTRA, TAMAN MATANG JAYA DAN BUKIT LAGONG, GOMBAK
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/09/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- GOMBAK
Penerangan
abatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Gombak telah menjalankan siasatan aduan kebakaran tapak sampah haram di beberapa lokasi sekitar kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) iaitu di Bukit Rahman Putra, Taman Matang Jaya dan Bukit Lagong.
Siasatan mendapati terdapat lokasi yang mengalami kebakaran sebelum ini dan lokasi pembuangan sampah haram turut dikesan.
Kerja-kerja pemadaman kebakaran oleh pihak MPS dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) giat dijalankan. Siasatan lanjut ke atas maklumat pemilikan tanah dari Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak.
Berkenaan kes longgokan sampah haram yang berisiko menyebabkan pembakaran akan dipanjangkan kepada pihak PDT Gombak dan MPS bagi tindakan penguatkuasaan dan pembersihan sisa sampah di lokasi yang dikenal pasti dan berisiko berlakunya kebakaran.
Orang ramai adalah diingatkan bahawa kesalahan bagi pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 25,000 dan denda maksimum tidak melebihi RM 1,000,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-keduanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi RM 5,000 juga boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan dilakukan selepas suatu notis diserahkan.