Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM UJI CUBA PROSEDUR TETAP OPERASI (PTO) MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT KHUSUSNYA DI NEGERI SELANGOR
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/09/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- KUALA SELANGOR
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mengadakan program Ujicuba Prosedur Tetap Operasi (PTO) bagi tujuan Mencegah Kebakaran Tanah Gambut yang bertempat di Pusat Kecemerlangan Hutan Simpan Paya Gambut Raja Musa, Kuala Selangor.
Objektif program adalah bertujuan untuk memastikan semua agensi sentiasa bersedia dan cekap dalam mencegah serta menangani kebakaran tanah gambut yang berpontensi penyumbang kepada masalah jerebu khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko di Negeri Selangor.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Sebagai langkah proaktif untuk memastikan pelaksanaan PTO ini benar-benar berkesan, program ini telah melibatkan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan yang berkaitan. Kerjasama bersepadu ini bertujuan supaya tindakan pencegahan dapat dilakukan dengan lebih pantas, tersusun dan berkesan.
Antara Infrastruktur pencegahan tersebut adalah pengujian piezometer, telaga tiub dan sekatan saliran yang bertujuan memastikan pengurusan hidrologi yang optimum di dalam ekosistem hutan paya gambut. Setiap agensi yang terlibat berpeluang menilai tahap keupayaan dan kesiapsiagaan masing-masing
Program ini diharapkan dapat memperkukuh kesiapsiagaan semua pihak serta seterusnya mewujudkan mekanisme pencegahan kebakaran tanah gambut yang lebih sistematik, bersepadu dan responsif khususnya di Negeri Selangor.
Sebagai simbolik komitmen kerjasama di dalam usaha pemuliharaan, pemeliharaan dan kelestarian ekosistem tanah gambut, sesi penanaman pokok Mersawa Paya di kawasan Hutan Simpan Paya Gambut Raja Musa telah diadakan.
Pelaksaanaan PTO ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah oleh itu kerjasama berterusan antara agensi kerajaan, pihak swasta, pemilik tanah dan masyarakat amat penting bagi memastikan langkah pencegahan kebakaran tanah gambut dapat dilaksanakan secara berkesan dan holistic.