Koleksi Digital / Penerbitan & Media
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) KE ATAS PREMIS BERASASKAN LOGAM DI BANDAR TEKNOLOGI, KAJANG
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/09/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Kajang
Penerangan
Satu siasatan aduan telah dijalankan oleh anggota penguatkuasa daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Cawangan Kajang ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti fabrikasi logam di kawasan industri Bandar Teknologi Kajang.
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu kawasan pengoperasian aktiviti mengecat yang beroperasi tanpa sistem kawalan pencemaran udara yang telah menyebabkan pencemaran udara serta kacauganggu kepada penduduk sekitar.
Sehubungan itu, tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dikenakan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas kemudahan penyemburan tersebut bagi menghentikan pelepasan bahan pencemar serta membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Premis turut diarahkan untuk mengambil tindakan yang keberkesanan bagi mengawal pelepasan bahan pencemar ke udara.
JAS akan terus menjalankan pemantauan serta penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan pihak industri diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.