Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN PENCEMARAN AIR SUNGAI DAN BAU BUSUK DI JAMBATAN JALAN B148 TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/09/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Telok Gong
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan siasatan susulan aduan berkaitan pencemaran air sungai dan berbau busuk di Jambatan Jalan B148 Telok Gong, Pelabuhan Klang Selangor. Pemantauan dengan menggunakan dron mendapati air sungai tersebut berwarna dan dalam keadaan air bertakung dan aliran tidak bergerak.
Pasukan penyiasat kemudiannya memasuki premis yang disyaki menjalankan aktiviti pelepasan air cucian. Hasil siasatan mendapati tiga (3) unit Conveyor Spray Washer didapati telah dihentikan operasi dan kawasan di sekitar Industrial Effluent Treatment System (IETS) premis kotor dan tidak diurus dengan baik.
Pegawai penyiasat telah mengambil sampel efluen dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis bagi menentukan kandungan komposisi bahan pencemar buangan terjadual. Satu (1) Field Citation telah dikeluarkan dan premis dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK).
Bagi tujuan penyelenggaraan sungai berkenaan supaya sistem aliran sungai dapat berfungsi dengan baik, kes ini akan dirujuk kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).