Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN STESEN PENGAWASAN UDARA SEKITAR SELANGOR
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/09/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Selangor
Penerangan
Sebagai langkah proaktif, pasukan siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan Pemantauan (Stesen) Kualiti Udara Automatik (CAQM) di sekitar kawasan Negeri Selangor.
Rondaan OMPT ini melibatkan kawasan di Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Johan Setia, Banting, Sepang, Shah Alam, Subang Jaya dan lain-lain kawasan khususnya yang berisiko tinggi mudah terbakar yang boleh menyumbang kepada situasi jerebu. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah mengenai kesalahan dan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada individu yang telah melakukan pembakaran terbuka.
JAS Selangor telah mengambil langkah-langkah pencegahan melalui pelbagai pemantauan dan rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka melalui darat dan menggunakan drone.
Semua pihak terus diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.
Orang ramai adalah diingatkan bahawa kesalahan bagi pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh menyebabkan denda tidak kurang daripada RM 25,000 dan denda maksimum tidak melebihi RM 1,000,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-keduanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi RM 5,000 juga boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan dilakukan selepas suatu notis diserahkan.