Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN AIR BERWARNA HITAM DAN BERBAU DI LALUAN KE SEL WETWALND UPPER NORTH 6 (UN6) TASIK PUTRAJAYA
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/09/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Serdang
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menjalankan siasatan aduan berkaitan pencemaran air berwarna hitam dan berbau busuk di laluan Sel Wetland Upper North 6 (UN6) Tasik Putrajaya.
Pencemaran ini disyaki berpunca dari loji kumbahan yang terletak berhampiran di kawasan tersebut. Pihak Perbadanan Putrajaya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd (ASMA) turut hadir dalam siasatan ini.
Persampelan telah dijalankan bagi tujuan analisa selanjutnya. Field citation telah dikeluarkan kepada pihak premis untuk tindakan baik pulih dan langkah-langkah kawalan.
Pemantauan secara berkala akan terus dijalankan dan semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Laporkan sebarang kes-kes pencemaran kepada J