Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMANTAUAN BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) DI STESEN PEMANTAUAN KUALITI UDARA AUTOMATIK (CAQM) DI BANTING DAN RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DI SEKITAR SEPANG
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/09/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Sepang
Penerangan
Pasukan siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah mengadakan pemantauan di sekitar kawasan Stesen Pemantauan Kualiti Udara Automatik (CAQM) Kolej Mara Banting berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat yang mencecah bacaan 156 (kemaskini sehingga jam 3.00 petang, 6 September 2026).
Pemeriksaan di kawasan sekitar mendapati tiada kepulan asap tebal dikesan, keadaaan cuaca yang cerah semasa pemantauan dan tiada aktiviti pembakaran terbuka. Bacaan IPU yang tidak sihat ini berkemungkinan berpunca daripada kebakaran di negara jiran yang menyebabkan jerebu merentasi sempadan.
Pasukan peronda JAS Negeri Selangor Cawangan Sepang turut menjalankan pemantauan aktiviti pembakaran terbuka di sekitar Kampung Bukit Changgang, Kampung Olak Lempit, Jalan Mahang, Jalan Bukit Perah, Kampung Sri Cheeding, Kampung Sungai Manggis dan Bandar Mahkota Banting. Hasil pemantauan mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan.
Orang ramai adalah diingatkan bahawa kesalahan bagi pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh menyebabkan denda tidak kurang daripada RM 25,000 dan denda maksimum tidak melebihi RM 1,000,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-keduanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi RM 5,000 juga boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan dilakukan selepas suatu notis diserahkan.