Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS GEMPUR JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/09/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Selangor
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah melaksanakan Operasi Gempur (OPS Gempur) yang bertujuan untuk memastikan pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Perintah dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Sebanyak 32 premis telah berjaya digempur. Hasil pemeriksaan mendapati 18 premis tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atas pelbagai kesalahan.
Sebanyak 17 Notis Arahan, 32 field citation, 29 kompaun dan 4 kertas siasatan telah/akan dikeluarkan terhadap premis-premis yang didapati melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan mana-mana pihak boleh disabitkan dan dibawa ke mahkamah.
JAS Selangor akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti yang berpotensi menyebabkan pencemaran alam sekitar dapat dikawal dan dibendung.