Koleksi Digital
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SEBUAH PREMIS DIDENDA SEJUMLAH RM50,000 DI MAHKAMAH SANDAKAN
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 23/09/2026
Penerangan
KEPUTUSAN KES MAHKAMAH PADA 23.09.2026 (RABU) MAHKAMAH SESYEN SANDAKAN
Tarikh Kesalahan: 08 Januari 2026
1. Melanggar syarat no.7(i) melepaskan efluen dari TPA dengan kepekatan parameter BOD3 sebanyak 92mg/L melebihi had yang dibenarkan iaitu 20mg/L ;
2. Melanggar syarat no.7(ii) iaitu melepaskan efluen dari TPA dengan kepekatan parameter Pepejal Terampai sebanyak 289mg/L melebihi had yang dibenarkan iaitu 200mg/L.
OKS mengaku bersalah dan mengemukakan rayuan di hadapan hakim YA Tuan Mohd Khushairy bin Ibrahim. Setelah mendengar hujah pemberat hukuman pihak pendakwaan dan menilai kedua - duanya, mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas syarikat OKS dengan jumlah denda RM50,000 (P1: RM25,000 dan P2: RM25,000). Mahkamah juga mengarahkan eksibit iaitu 3 botol sampel dikembalikan kepada pihak Pendakwaan untuk pelupusan selepas tamat tempoh rayuan. OKS telah menjelaskan denda tersebut pada hari yang sama.