PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital

SEBUAH PREMIS DIDENDA SEJUMLAH RM 30,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN SANDAKAN

JAS SABAH 25/09/2026 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEBUAH PREMIS DIDENDA SEJUMLAH RM 30,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN SANDAKAN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
23/09/2026

Penerangan

KEPUTUSAN KES MAHKAMAH PADA 23.09.2026 (RABU) MAHKAMAH SESYEN SANDAKAN Tarikh Kesalahan: 11 September 2023 1.Melanggar syarat no.8(i) melepaskan efluen dari TPA dengan kepekatan parameter BOD3 sebanyak 43mg/L melebihi had yang dibenarkan iaitu 20mg/L ; 2.Melanggar syarat no.8(iii) iaitu melepaskan efluen dari TPA dengan kepekatan parameter Minyak dan Gris sebanyak 39mg/L melebihi had yang dibenarkan iaitu 20mg/L. OKS mengaku bersalah dan mengemukakan rayuan di hadapan hakim YA Tuan Mohd Khushairy bin Ibrahim. Setelah mendengar hujah pemberat hukuman pihak pendakwaan dan menilai kedua - duanya, mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas syarikat OKS dengan jumlah denda RM30,000 (P1: RM15,000 dan P2: RM15,000). Mahkamah juga mengarahkan eksibit iaitu 5 botol sampel dikembalikan kepada pihak Pendakwaan untuk pelupusan selepas tamat tempoh rayuan. OKS telah menjelaskan denda tersebut pada hari yang sama.