PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital

OPS GEMPUR BIL. 03/2026 JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SABAH

JAS SABAH 25/09/2026 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BIL. 03/2026 JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SABAH
Subjek
ops
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
25/09/2026

Penerangan

23 - 24 SEPTEMBER 2026 | SANDAKAN | Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah telah melaksanakan Operasi Gempur Bil. 03/2026 yang bertujuan untuk memastikan pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Perintah dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Sebanyak 127 premis telah berjaya digempur dengan 68 Field Citation (FC) telah dikeluarkan manakala 51 premis yang telah diperiksa telah tutup operasi dan 8 premis tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Semua pihak adalah diingatkan untuk sentiasa patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan mana-mana pihak boleh disabitkan dan dibawa ke mahkamah. JAS Sabah akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti yang berpotensi menyebabkan pencemaran alam sekitar dapat dikawal dan dibendung. ?? Laporkan sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar kepada JAS melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Sistem e-Aduan JAS.