PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

OP TARING EWASTE

JAS NEGERI SEMBILAN 28/09/2026 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OP TARING EWASTE
Subjek
e-waste
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
28/09/2026

Penerangan

18 September 2026, Seremban - Satu serbuan yang dikenali sebagai Op Taring E-Waste telah dijalankan di Senawang, Seremban yang melibatkan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, bersama agensi penguat kuasa berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, SWCorp Nilai, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Serbuan terhadap premis penyimpanan e-waste ini mendapati bahawa premis ini telah beroperasi tanpa lesen. Operasi tersebut membawa kepada rampasan 309 tan e-waste bernilai kira-kira RM7.725 juta serta peralatan berkaitan, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM7.781 juta. Seramai 11 warga Bangladesh turut ditahan bagi membantu siasatan.