Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA, PEMANTAUAN DAN PENCEGAHAN PENCEMARAN JAS NEGERI SEMBILAN
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 28/09/2026
Penerangan
26 September 2026, Tampin - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), Pemantauan dan Pencegahan Pencemaran di beberapa lokasi di sekitar Tampin, Negeri Sembilan. Hasil pemantauan dan rondaan pemantauan kilang di kawasan Industri KKS Classic, KKS Nam Bee, KKS Gedok Mas, kilang Getah STG dan ladang sekitar daerah Tampin mendapati tiada pelepasan pencemaran asap hitam dari cerobong, bau dan alur air. Rondaan turut mengesahkan tiada aktiviti pembakaran terbuka berlaku sewaktu pemantauan dijalankan.