PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

AUDIT STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH (ASPAT) 2026 NEGERI PAHANG

JAS PAHANG 01/10/2026 28 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AUDIT STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH (ASPAT) 2026 NEGERI PAHANG
Subjek
AUDITSTESENAIRTANAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
01/10/2026
Organisasi
JAS IBUPEJABAT
Lokasi
KUANTAN

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menerima kunjungan pasukan audit daripada Bahagian Air dan Marin, Ibu Pejabat JAS Putrajaya bagi melaksanakan Audit Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah (ASPAT) 2026 Negeri Pahang selama dua hari. Mesyuarat Pembukaan Audit telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Negeri Pahang, YBrs. Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd., dan dihadiri oleh pasukan audit yang diketuai oleh Puan Hasnita binti Mansor, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Air dan Marin, Ibu Pejabat JAS Putrajaya, bersama Puan Zaimastura binti Ibrahim dan Puan Rose Zarinawati binti Mat Rais. Audit ini bertujuan menilai pelaksanaan dan pemantauan Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah di Negeri Pahang, termasuk aspek pengurusan, penyelenggaraan serta pemantauan stesen agar dilaksanakan selaras dengan keperluan dan prosedur yang ditetapkan. Pada hari pertama, pasukan audit telah menjalankan pemeriksaan di stesen pengawasan air tanah yang terletak di kawasan perindustrian Gebeng serta Sekolah Kebangsaan Lepar, Pekan. Seterusnya pada hari kedua, pemeriksaan diteruskan di dua lagi stesen pengawasan air tanah yang terletak di kawasan ternakan udang, Nenasi, Pekan, Pahang. Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen berterusan JAS dalam memastikan pemantauan kualiti air tanah dilaksanakan secara sistematik, berkesan dan berterusan, sekali gus menyokong usaha pemeliharaan sumber air tanah serta kelestarian alam sekitar di Negeri Pahang.