PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JAS KEDAH KE PEJABAT YANG BERHORMAT EXCO ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

JAS KEDAH 07/10/2026 59 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JAS KEDAH KE PEJABAT YANG BERHORMAT EXCO ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
Subjek
MESYUARAT
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
07/10/2026
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
KEDAH

Penerangan

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JAS KEDAH KE PEJABAT YANG BERHORMAT EXCO ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH 7 Oktober 2026 – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Tuan Rosli bin Mustafa, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yang Berhormat Dato' Haji Mohamad Yusof bin Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Kedah. Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan kerjasama dan jalinan strategik antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan Kerajaan Negeri Kedah, khususnya dalam aspek pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Perbincangan turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta memperkukuh sinergi dalam menangani isu-isu alam sekitar dan memastikan agenda kelestarian alam sekitar dapat terus diperkasakan di negeri Kedah. JAS Kedah komited untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi berkaitan dalam memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara seimbang dengan keperluan pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian generasi akan datang. Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.