Koleksi Digital
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- TAKLIMAT PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN OLEH PENASIHAT UNDANG-UNDANG JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 06/10/2026
Penerangan
TAKLIMAT PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN OLEH PENASIHAT UNDANG-UNDANG DI JAS NEGERI SABAH
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah telah mengadakan Taklimat Penyediaan Kertas Siasatan bersama Tuan Mohd Syahnidzam bin Ahmad, Penasihat Undang-Undang JAS.
Taklimat ini disertai oleh pegawai-pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sabah serta wakil dari Cawangan Tawau, Sandakan dan Sipitang.
Taklimat ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pegawai penyiasat dalam menyediakan kertas siasatan yang lengkap, tepat, teratur dan menepati keperluan perundangan. Penyediaan kertas siasatan yang berkualiti amat penting bagi memastikan tindakan pendakwaan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan.
Sesi soal jawab dan perbincangan turut diadakan bagi membincangkan isu-isu perundangan serta cabaran teknikal yang dihadapi oleh pegawai dalam melaksanakan tugas penyiasatan dan penguatkuasaan di lapangan.
Selain itu, sesi semakan Kertas Siasatan OPS Hazard 3.0 turut diadakan bagi meneliti kes-kes yang telah dikenal pasti serta menentukan tindakan perundangan yang sewajarnya.
Semoga sesi ini dapat memperkukuh keupayaan pegawai penyiasat JAS dalam mengendalikan siasatan secara lebih sistematik dan menyokong pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar yang lebih berkesan. ??
#UnitPendakwaan
#JASSabah