Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) DAN HARI OZON SEDUNIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI PERAK
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 26/10/2026
- Organisasi
- jas perak
- Lokasi
- ipoh
Penerangan
17 Oktober 2026, IPOH – Majlis perasmian Sambutan HASN dan Hari Ozon Sedunia 2026 Peringkat Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya di Angsana Ipoh Mall.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, diiringi oleh YBhg. Dato' Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh (Pengarah JAS Perak), Encik Mohd Syahrir bin Zakaria (Pengarah Kesihatan Bandaraya, mewakili Datuk Bandar Ipoh), YBhg. Dato' Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim (Pengarah JAIPk), serta YBrs. Puan Habibah binti Yaakob (Ahli Majlis/Anggota MAIPk).
Dalam ucapan perasmian, YB EXCO yakin bahawa menerusi kerjasama padu semua pihak, Negeri Perak mampu terus bergerak ke arah sebuah negeri yang maju, makmur, bersih, hijau, dan lestari. Terdahulu, Pengarah JAS Perak turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur, agensi kerajaan, pihak swasta, NGO, sukarelawan, serta para pengunjung. Beliau turut menyeru agar keprihatinan terhadap alam sekitar sentiasa dijadikan amalan harian demi kesejahteraan generasi akan datang.
Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Doodle Art, Pocket Talk Alam Sekitar, Pameran Kelestarian, Kempen Pengumpulan E-waste, Jualan Rahmah, dan Hadiah Cabutan Bertuah. Selain itu, majlis turut menjadi platform pengiktirafan kepada organisasi yang komited menerusi program sepanjang tahun 2026 seperti Program Masjid Lestari, Sekolah Lestari (SLAAS) 2025/2026, dan Pertandingan Anugerah Industri Lestari.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah dan pemenang pertandingan. Semoga usaha pemeliharaan alam sekitar ini terus terpelihara demi masa depan bersama.
#NRES
#HariAlamSekitarNegara2026
#Ewaste
#JASPerak_Oktober2026
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#PerakBumiLestari