PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital

JEMPUTAN PENCERAMAH & PENILAI PROGRAM PEMBUDAYAKAN GENERASI MADANI KARBIVAL KITA 2026 SK PULAU SEPANGGAR, KOTA KINABALU

JAS SABAH 30/10/2026 38 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JEMPUTAN PENCERAMAH & PENILAI PROGRAM PEMBUDAYAKAN GENERASI MADANI KARBIVAL KITA 2026 SK PULAU SEPANGGAR, KOTA KINABALU
Subjek
CERAMAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
29/10/2026

Penerangan

PROGRAM PEMBUDAYAAN GENERASI MADANI: KARNIVAL KITA 2026 MERIAH DI SK PULAU SEPANGGAR KOTA KINABALU, 29 Oktober 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Misi Lestari: Sayangi Alam Sekitar” sempena Program Pembudayaan Generasi Madani: Karnival KITA 2026 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Program ini bertujuan memupuk kesedaran dan meningkatkan kefahaman murid tentang kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar serta membentuk generasi yang bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar. Antara pengisian program ialah ceramah kesedaran alam sekitar, sesi soal jawab bersama murid, serta pembentangan projek murid yang mengetengahkan kreativiti dan inisiatif dalam menyokong amalan kelestarian alam sekitar. Program turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderahati kepada penceramah jemputan. Penglibatan JAS Negeri Sabah dalam program pendidikan seperti ini diharapkan dapat menyemai nilai cintakan alam sekitar dalam kalangan generasi muda, sekali gus menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup lestari dan menjadi agen perubahan dalam memelihara alam sekitar. Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama #NRES #jabatanalamsekitar #KarnivalKITA2026 #alamsekitartanggungjawabbersama #jassabah_oktober2026