Koleksi Digital
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JOHAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH PERTANDINGAN ECOCHEEF CABARAN RASA LESTARI BERSAMA PUSPANITA NRES
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 25/10/2026
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah berjaya meraih gelaran Johan Pertandingan EcoChefs: Cabaran Rasa Lestari Bersama PUSPANITA NRES sempena Program Memperkasa Komuniti Alam Sekitar (MKAS) bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2026 Peringkat Negeri Sabah.
Kejayaan ini melayakkan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah menerima wang tunai berjumlah RM450.00 sebagai hadiah kemenangan.
Pertandingan ini mengetengahkan konsep Menu Rendah Karbon & Kreativiti Sisa Sifar, yang menggalakkan penggunaan bahan tempatan, kreativiti dalam penyediaan hidangan, pengurangan pembaziran makanan serta pengurusan sisa secara lestari.
Pencapaian ini membuktikan komitmen dan penglibatan aktif warga Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dalam menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar melalui amalan kehidupan lestari.
Tahniah dan syabas kepada pasukan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah atas kejayaan merangkul gelaran Johan!