Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) DAN HARI OZON SEDUNIA 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 31/10/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Petaling Jaya
Penerangan
31 OKTOBER 2026- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan Kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar telah menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara & Hari Ozon Sedunia (2026) Peringkat Negeri Selangor bertempat di Sunway Square Mall, Petaling Jaya.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Puan Jamaliah binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor dan diiringi oleh YBhg.Dato’ Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, YBrs Tuan Haji Mohd Zulkarnain bin Che Ali Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, YBrs Tuan Albert Cheok Kok Wei, Senior Director Sunway Giza Mall, Sunway Square Mall & Sunway Pyramid Ice dan Puan Fenny Wong Nyuk Yin Ketua Penolong Pengarah Kanan JAS Negeri Selangor.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena sambutan majlis ini seperti Eco Hunt, Pertunjukan Sains, Bengkel Waste2art , Persembahan Muzikal Alam Sekitar, Pertunjukan Fesyen daripada barangan kitar semula, Pertandingan Tataki Zome, Reruai Pameran dan Ceramah Alam Sekitar (Pocket Talk).
Tahniah kepada penerima Anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2025/2026 (SLAAS) Peringkat Negeri Selangor, Pemenang Eco Hunt, Pemenang Pertunjukkan Fesyen dan sekalung penghargaan kepada Rakan Strategik Alam Sekitar.
JAS Selangor sentiasa komited di dalam menyampaikan maklumat berkaitan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat khususnya di negeri Selangor ini dan berusaha supaya “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” dapat dijiwai dengan lebih mendalam di kalangan masyarakat.
Semoga penganjuran majlis ini dapat menjadi pemangkin kesedaran alam sekitar di dalam memelihara kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.