PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK” KENDERAAN DIESEL UKM JAS SELANGOR BIL 21/2026

JAS SELANGOR 03/11/2026 22 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK” KENDERAAN DIESEL UKM JAS SELANGOR BIL 21/2026
Subjek
Operasi Statik Bersepadu
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
03/11/2026
Organisasi
JAS Selangor
Lokasi
Klang

Penerangan

Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” Kenderaan Diesel UKM JAS Selangor Bil. 21/2026 telah dilaksanakan pada 15 hingga 16 Oktober 2026, bermula jam 2230H hingga 0030H bertempat di Plaza Tol Bukit Raja (Arah Klang) dengan kerjasama Cawangan Peronda Lebuh Raya Sektor A1, Zon Tengah A, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, PDRM Bukit Aman. Sepanjang operasi, dianggarkan sebanyak 120 buah kenderaan berenjin diesel telah melalui lokasi pemeriksaan, dengan 35 buah kenderaan ditahan untuk saringan asap secara visual dan 3 buah daripadanya menjalani ujian pelepasan asap menggunakan Smoke Meter. Hasil pemeriksaan mendapati sebuah kenderaan diesel gagal mematuhi had pelepasan asap yang ditetapkan, iaitu 50% kelegapan asap di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996. Susulan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil melibatkan pembukaan kertas siasatan bagi mendapatkan izin mengkompaun di bawah Seksyen 45, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta pengeluaran satu Notis Arahan Pemeriksaan Semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A(1) Akta yang sama. Jumlah keseluruhan tindakan adalah 1 kompaun dan 1 notis arahan.