Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI RENTAS WILAYAH ASAP HITAM KENDERAAN DIESEL JAS SABAH BERSAMA JAS W.P.LABUAN DAN IPD TENOM (BSPT/TRAFIK & BSJN/ NAKOTIK)
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 04/11/2026
- Organisasi
- JAS Sabah
- Lokasi
- Tenom
Penerangan
OPERASI RENTAS WILAYAH ASAP HITAM KENDERAAN DIESEL JAS SABAH BERSAMA JAS W.P.LABUAN DAN IPD TENOM (BSPT/TRAFIK & BSJN/ NAKOTIK)
29 OKTOBER 2026, TENOM - Jabatan Alam Sekitar Sabah bersama Jabatan Alam Sekitar W.P.Labuan telah menjalankan penguatkuasaan Kawalan Pelepasan Daripada Kenderaan Diesel bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik & Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik IPD Tenom.
Sasaran adalah kepada kenderaan syarikat & perdagangan. Kenderaan milik persendirian yang telah di modifikasi enjin juga antara yang di sasarkan untuk diperiksa. Ujian asap hitam oleh JAS bagi memastikan asap yang dilepaskan mematuhi standard Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Kenderaan Diesel) 1996, AKAS 1974.
Operasi bersepadu ini sentiasa di jalankan secara berkala bersama agensi penguatkuasa yang lain antaranya PDRM, JPJ, LPKP dan agensi berkaitan bagi memastikan kenderaan perdagangan/ syarikat dan pemilik kenderaan individu sentiasa membuat penyelenggaraan berkala dan tidak membuat modifikasi enjin agar asap yang di lepaskan dari ekzos kenderaan tidak menjejaskan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jassabah_oktober2026