PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN COMMAND AND CONTROL (CAC) DI BEBERAPA BUAH KILANG KELAPA SAWIT DI DAERAH TAWAU

JAS SABAH 04/11/2026 39 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN COMMAND AND CONTROL (CAC) DI BEBERAPA BUAH KILANG KELAPA SAWIT DI DAERAH TAWAU
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
04/11/2026
Organisasi
JAS Sabah Cawangan Tawau
Lokasi
Tawau

Penerangan

PEMERIKSAAN COMMAND AND CONTROL (CAC) DI BEBERAPA BUAH KILANG KELAPA SAWIT DI DAERAH TAWAU 27 October 2026, Tawau - Pasukan Penguatkuasa Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah menjalankan pemeriksaan Command & Control (CAC) di beberapa Premis Kilang Kelapa Sawit (KKS), daerah Tawau sebahagian daripada aktiviti pemantauan terhadap keperluan perundangan alam sekitar yang berkuat kuasa. Pemeriksaan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan alam sekitar di premis termasuk keadaan persekitaran kawasan operasi, pemeriksaan paip aliran efluen, pengurusan bahan buangan terjadual bagi kemudahan dan sistem kawalan pencemaran yang berkaitan terhadap pemeriksaan air sisa (wastewater). Pemeriksaan turut dilakukan terhadap loji rawatan air bagi memastikan pengurusan dilaksanakan secara teratur dan terkawal. Selain pemeriksaan fizikal, rekod dan dokumentasi berkaitan turut disemak bagi menilai tahap pematuhan premis. Pihak premis juga diberikan ulasan dan nasihat berhubung perkara yang memerlukan perhatian secara langkah penambahbaikan yang bersesuaian. Jabatan Alam Sekitar akan terus melaksanakan dan pemantauan secara berkala bagi memastikan operasi premis kilang kelapa sawit dilaksanakan dengan pengambilan kira aspek perlindungan alam sekitar serta mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan. #JabatanAlamSekitar #jassabah_oktober2026 #alamsekitartanggungjawabbersama