PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH KE PEJABAT JAS CAWANGAN SANDAKAN

JAS SABAH 04/11/2026 42 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH KE PEJABAT JAS CAWANGAN SANDAKAN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
04/11/2026
Organisasi
JAS Cawangan Sandakan
Lokasi
JAS Cawangan Sandakan

Penerangan

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH KE PEJABAT JAS CAWANGAN SANDAKAN 27 Oktober 2026, Sandakan – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sandakan telah menerima lawatan kerja daripada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah ke pejabat JAS Cawangan Sandakan. Lawatan kerja ini bertujuan meninjau pengoperasian cawangan serta mendapatkan maklumat secara langsung berhubung pencapaian prestasi, pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan, pengurusan pentadbiran dan cabaran operasi yang dihadapi oleh cawangan. Sepanjang lawatan tersebut, Pengarah telah diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan JAS Cawangan Sandakan, pencapaian sasaran kerja serta pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan pematuhan perundangan alam sekitar di kawasan seliaan cawangan. Lawatan ini turut merangkumi tinjauan ke kemudahan pejabat dan ruang kerja warga cawangan bagi melihat secara lebih dekat persekitaran kerja serta keperluan kemudahan yang menyokong kelancaran pengoperasian dan penyampaian perkhidmatan jabatan. Selain itu, sesi interaksi dan perbincangan bersama warga cawangan turut menjadi platform perkongsian pandangan, penyampaian amanat serta mengenal pasti ruang penambahbaikan ke arah memperkukuh kecekapan pengurusan dan keberkesanan pelaksanaan tugas. JAS Cawangan Sandakan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah atas lawatan, perhatian serta amanat yang disampaikan kepada seluruh warga cawangan. #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_okt2026 #alamsekitartanggungjawabbersama