PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK PROJEK EIA BAGI CADANGAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERPUSAT DI KG. DUNGANG, TUARAN

JAS SABAH 04/11/2026 64 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK PROJEK EIA BAGI CADANGAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERPUSAT DI KG. DUNGANG, TUARAN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
04/11/2026
Organisasi
JAS Sabah
Lokasi
Tuaran

Penerangan

LAWATAN TAPAK PROJEK EIA BAGI CADANGAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERPUSAT DI KG. DUNGANG, TUARAN 30 Oktober 2026, Tuaran – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah melalui Unit EIA & Input Pembangunan telah melaksanakan lawatan ke tapak cadangan projek EIA "Proposed Centralized Sewage Treatment Plant Tuaran” di Kg. Dungang, Tuaran bagi meninjau keadaan persekitaran tapak serta mengenal pasti aspek-aspek alam sekitar yang perlu diberi perhatian sebelum projek dimulakan. Lawatan ini juga diadakan untuk tujuan pengesahan lokasi dan pengesahan maklumat lain yang berkaitan dengan kajian EIA yang dilaksanakan di sekitar tapak projek. JAS Negeri Sabah akan terus komited dalam memastikan aspek alam sekitar diberi keutamaan sejak peringkat perancangan projek bagi mengelakkan dan meminimumkan impak negatif terhadap alam sekitar. Pendekatan pemantauan awal ini penting bagi memastikan pembangunan infrastruktur rawatan kumbahan dapat dilaksanakan secara terancang, bertanggungjawab dan mampan demi melindungi kualiti alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat setempat. #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_oktober2026 #alamsekitartanggungjawabbersama