PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH

JAS SABAH 04/11/2026 36 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
04/11/2026
Organisasi
Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Lokasi
Kampus INTAN Sabah

Penerangan

SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH TUARAN, 31 Oktober 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah telah menyertai pameran (booth) sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran 2026 Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Mengkabong, Kampus INTAN Sabah, Tuaran. Sambutan anjuran Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan persekitaran, khususnya dalam aspek penjagaan kebersihan, pemeliharaan kelestarian alam sekitar serta pencegahan dan kawalan penyakit. Penyertaan JAS Negeri Sabah dalam pameran ini merupakan salah satu usaha untuk menyampaikan maklumat dan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Melalui pameran ini, pengunjung berpeluang mendapatkan informasi berkaitan peranan dan fungsi JAS, pengurusan sisa buangan serta amalan mesra alam dalam kehidupan seharian. Penglibatan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti dalam memupuk kesedaran serta tanggungjawab bersama ke arah mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan lestari. Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah #jassabah_oktober2026 #HariKesihatanPersekitaran2026 #AlamSekitarTanggungjawabBersama