PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PENYERTAAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI KEDAH KE PROGRAM COMMUNICATION, EDUCATION AND PUBLIC AWARENESS (CEPA) INTEGRATED RIVER BASIN MANAGEMENT (IRBM) FUN WALK DI PEJABAT PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI MUDA (PLSM)

JAS KEDAH 04/11/2026 30 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENYERTAAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI KEDAH KE PROGRAM COMMUNICATION, EDUCATION AND PUBLIC AWARENESS (CEPA) INTEGRATED RIVER BASIN MANAGEMENT (IRBM) FUN WALK DI PEJABAT PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI MUDA (PLSM)
Subjek
PAMERAN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
04/11/2026
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
KEDAH

Penerangan

PENYERTAAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI KEDAH KE PROGRAM COMMUNICATION, EDUCATION AND PUBLIC AWARENESS (CEPA) INTEGRATED RIVER BASIN MANAGEMENT (IRBM) FUN WALK DI PEJABAT PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI MUDA (PLSM) KOTA KUALA MUDA, 31 OKTOBER 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menyertai dan membuka reruai pameran kesedaran alam sekitar sempena Program Communication, Education and Public Awareness (CEPA) Integrated River Basin Management (IRBM) Fun Walk bertempat di perkarangan Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Program anjuran Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM), JPS Malaysia ini telah menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam usaha memperkasakan pengurusan lembangan sungai secara bersepadu serta memupuk kesedaran awam terhadap pemeliharaan sumber air dan alam sekitar. Bagi menyokong inisiatif CEPA tersebut, JAS Kedah telah membuka kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) kepada para pengunjung di samping menyediakan reruai pameran interaktif bagi memberi pendedahan dan pendidikan berkaitan kawalan pencemaran sungai, pengurusan sisa buangan, serta mempromosikan kempen kesedaran alam sekitar. Penyertaan proaktif JAS Kedah dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh jalinan kerjasama rentas agensi bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di samping memperluas keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) dalam kalangan masyarakat demi kelestarian alam sekitar yang mampan.