Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM LESTARI WARISAN ALAM SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2026 BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI BUKIT LANJAN, DESA TEMUAN
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 01/11/2026
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- Desa Temuan
Penerangan
KUALA LUMPUR, 1 NOVEMBER 2026 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah berjaya menganjurkan Program Lestari Warisan Alam sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2026 bertempat di Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Lanjan, Desa Temuan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah JAS WPKL, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab.
Mengangkat tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, program ini merupakan inisiatif kerjasama antara JAS WPKL, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Desa Temuan dalam memperkukuh aspek Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di peringkat komuniti.
Pemilihan komuniti Orang Asli Suku Temuan sebagai lokasi penganjuran membawa mesej yang cukup bermakna dalam menghargai peranan masyarakat Orang Asli sebagai penjaga alam dan pewaris kearifan tempatan yang kaya dengan nilai kelestarian.
Pelbagai aktiviti menarik dan berimpak telah dilaksanakan, antaranya:
?? Kempen pengumpulan e-waste dan minyak masak terpakai (Trash-to-Cash).
?? Pameran interaktif dan kebudayaan.
?? Pocket Talk berkaitan pembakaran terbuka dan asap hitam.
?? Demonstrasi keselamatan dan pencegahan kebakaran oleh pihak Bomba.
?? Demonstrasi pengukuran bunyi bising dan kualiti air.
?? Demonstrasi penerbangan dron pemantauan alam sekitar.
?? Pertandingan futsal, mewarna dan sukan rakyat.
?? Penyerahan Sumbangan Kasih Komuniti (CSR).
Kejayaan program ini turut didukung oleh komitmen dan sokongan padu rakan strategik, rakan kerjasama, NGO serta rakan media yang bersama-sama menjayakan agenda kelestarian alam sekitar menerusi pendekatan Whole-of-Nation.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi, rakan strategik, penaja, petugas, sukarelawan serta seluruh komuniti Orang Asli Bukit Lanjan, Desa Temuan atas kerjasama dan penglibatan yang amat bermakna.
Kelestarian alam bukan sekadar tanggungjawab sesebuah agensi, tetapi amanah bersama seluruh masyarakat.
Ayuh bersama-sama memelihara warisan alam demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang. ??
ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama
#HASN2026