PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital

MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA HASN 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH

JAS SABAH 06/11/2026 37 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA HASN 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
06/11/2026

Penerangan

MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH MENYAKSIKAN PENGIKTIRAFAN ANUGERAH SEKOLAH LESTARI KOTA KINABALU, 5 November 2026 – Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2026 Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya di The Palace Hotel, Kota Kinabalu, sebagai platform memperkukuh kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Jafry Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, serta Puan Daisy Aloysius, Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dan Puan Nor Rashidah binti Mohd Ghazali, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah. Majlis turut menghimpunkan wakil jabatan dan agensi kerajaan, institusi pendidikan, pihak industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakan strategik serta warga sekolah dari seluruh Negeri Sabah.