Koleksi Gambar / Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM SEMAI SETIAUSAHA PERSEKUTUAN (SUP) SABAH BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN PERSEKUTUAN YANG BERPUSAT DI WISMA PERSEKUTUAN TAWAU
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 06/11/2026
- Organisasi
- Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
- Lokasi
- Wisma Persekutuan Tawau
Penerangan
PROGRAM SEMAI SETIAUSAHA PERSEKUTUAN (SUP) SABAH BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN PERSEKUTUAN YANG BERPUSAT DI WISMA PERSEKUTUAN TAWAU
Tarikh: 6 November 2026
Masa: 8.00 pg - 11.30 pg
Tempat: Bilik Mesyuarat Gunasama, Tingkat 1
Wisma Persekutuan Tawau.
Wakil JAS: PPKK Azman Bin Salamon
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah menganjurkan Program SEMAI (Santuni, Empati, Muafakat, Amanah dan Integriti) bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan yang berpusat di Wisma Persekutuan Tawau bersempena dengan lawatan kerja YBhg. Datuk Zul Hadi bin Ahmad, Setiausaha Persekutuan Sabah, ke Tawau pada 6 hingga 8 November 2026 yang bertemakan "SEMAI Kebersamaan, Perkukuh Kesejahteraan".
Acara dimulakan dengan sesi perkenalan diri Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan di Wisma Persekutuan Tawau.
YBhg. Datuk Zul Hadi Ahmad telah menyampaikan amanat kepimpinan kepada Ketua-Ketua Jabatan.
Lawatan kerja YBhg. Datuk Setiausaha Persekutuan Sabah ke sekitar kawasan
dalaman dan luaran Wisma Persekutuan
Tawau bagi meninjau keadaan bangunan, kemudahan dan persekitaran.
Acara diakhiri dengan sesi fotografi rasmi bersama YBhg Datuk SUP Sabah bersama Ketua-Ketua Jabatan Wisma Persekutuan Tawau.