Koleksi Gambar / Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI KUNJUNGAN HORMAT KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 04/11/2026
- Organisasi
- JAS KEDAH
- Lokasi
- BILIK MESYUARAT JAS KEDAH
Penerangan
SESI KUNJUNGAN HORMAT KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
4 November 2026 | Alor Setar - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), UUM Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di pejabat JAS Kedah.
Sesi kunjungan ini diadakan bagi membincangkan serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pihak JAS Kedah dan UUM, khususnya dalam pelaksanaan pelbagai program kesedaran alam sekitar demi membudayakan kelestarian komuniti kampus dan masyarakat setempat. Perbincangan turut menyentuh aspek pelaksanaan dan pendaftaran program Kampus Lestari Anugerah Alam Sekitar (KLAAS), di samping pelantikan UUM sebagai Rakan Strategik JAS Kedah.
JAS Kedah sentiasa komited membuka ruang kolaborasi bersama institusi pengajian tinggi bagi memastikan agenda pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat terus diperluas dan dihayati bersama secara menyeluruh.
Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.