Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM MISI HIJAUKAN BUMI BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) BERSEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2026
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 27/10/2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dengan kerjasama Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua Pangkalan Baru telah menganjurkan Program Misi Hijaukan Bumi bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2026 Peringkat Sarawak pada 27 Oktober 2026, bertempat di sekitar kawasan sekolah. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara JAS Sarawak dan SJK (Cina) Chung Hua Pangkalan Baru dalam usaha memupuk kesedaran serta menggalakkan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan murid sekolah rendah. Program explorace “Misi Hijaukan Bumi” merupakan inisiatif pendidikan alam secara interaktif yang berasaskan aktiviti fizikal dan mental melalui konsep treasure hunt.
Program dimulakan dengan sesi taklimat dan flag-off explorace, diikuti dengan pertandingan eco fashion show, ceramah kesedaran alam sekitar, kuiz serta majlis penutup. Melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan, murid-murid berpeluang memperoleh pengetahuan dan meningkatkan pemahaman mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar serta tanggungjawab bersama dalam memastikan kelestariannya.
Program ini telah disertai oleh seramai 110 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3 hingga 6, para guru serta pegawai JAS Sarawak. Turut hadir ialah Puan Liew Shuk Huey, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), JAS Sarawak. Melalui kolaborasi strategik antara JAS Sarawak dengan pihak sekolah, program ini diharapkan dapat memperkasakan murid dengan pengetahuan mengenai penjagaan alam sekitar serta meningkatkan kesedaran dan amalan mereka terhadap kepentingan memelihara kelestarian alam sekitar.