PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SESI 2025/ 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) TAHUN 2026

JAS SARAWAK 01/10/2026 12 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI – ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) SESI 2025/ 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) TAHUN 2026
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
01/10/2026
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Kuching

Penerangan

KUCHING, 1 Oktober 2026 – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph, Kuching dinobatkan sebagai Johan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) bagi Kategori Sekolah Menengah, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman, Saratok muncul sebagai johan bagi Kategori Sekolah Rendah untuk sesi 2025/2026. Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 yang berlangsung di Auditorium SMK St Joseph, Kuching pada 1 Oktober 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dan ADUN N14 Batu Kawah. Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penglibatan masyarakat. Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dapat memberi nilai tambah kepada sekolah dalam 5 komponen Sekolah Lestari iaitu mencakupi pengurusan, kokurikulum, penghijauan, kurikulum dan elemen khas. Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar mampu menggalakkan penghayatan, pengamalan dan pembudayaan ciri-ciri mesra alam dalam persekitaran sekolah, rumah, bersama komuniti setempat, masyarakat umum dan akhirnya di peringkat negara. Program SLAAS Sesi 2025/2026 telah dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat-Pejabat Pendidikan Daerah. SENARAI PEMENANG SLAAS SESI 2025/2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK KATEGORI SEKOLAH MENENGAH: Johan: SMK St. Joseph, Kuching Naib Johan: SMK Tinggi Kuching KATEGORI SEKOLAH RENDAH: Johan: SK Abang Abdul Rahman, Saratok Naib Johan: SJK(C) Chung Hien, Sarikei Tempat Ke-3: SJK(C) Chung Hua Pangkalan Baru, Padawan Tempat Ke-4: SJK(C) Min Daik, Meradong Tempat Ke-5: SJK(C) Chung Hua Miri ANUGERAH SEKOLAH HARAPAN: SJK(C) Chung Hua Bako, Kota Samarahan • SK Jawa, Sarikei • SJK(C) Chung Hua No. 6, Kuching • SK Senibong, Bau • SJK(C) Chung Hua Stapok, Padawan Penganjuran SLAAS diharap dapat terus diperkasakan sebagai platform pendidikan alam sekitar yang melibatkan seluruh komuniti sekolah serta menjadi pemangkin kepada usaha membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan generasi muda di Sarawak.