Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN COMMAND AND CONTROL (CAC) DI SEBUAH KILANG CHIP DI DAERAH TAWAU
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 10/11/2026
- Organisasi
- JAS Sabah Cawangan Tawau
- Lokasi
- Tawau
Penerangan
PEMERIKSAAN COMMAND AND CONTROL (CAC) DI SEBUAH KILANG CHIP DI DAERAH TAWAU
05 November 2026, Tawau - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah menjalankan pemeriksaan Command & Control (CAC) di beberapa Premis Kilang Chip daerah Tawau sebahagian daripada aktiviti pemantauan terhadap keperluan perundangan alam sekitar yang berkuat kuasa.
Pemeriksaan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan alam sekitar di remis termasuk keadaan persekitaran kawasan (operasi), pengurusan bahan buangan terjadual bagi kemudahan dan sistem kawalan pencemaran yang berkaitan.
Selain dari pemeriksaan fizikal, rekod dan dokumentasi berkaitan turut disemak bagi menilai tahap pematuhan premis. Pihak premis juga diberikan ulasan dan nasihat berhubung perkara yang memerlukan perhatian secara langkah penambahbaikan yang bersesuaian.
Jabatan Alam Sekitar akan terus melaksanakan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan secara berkala bagi memastikan operasi premis kilang dilaksanakan dengan pengambilan kira aspek perlindungan alam sekitar serta mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan.
#JabatanAlamSekitar
#jassabah_november2026
#alamsekitartanggungjawabbersama