PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

KARNIVAL ALAM KITA 2026

JAS SABAH 10/11/2026 24 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KARNIVAL ALAM KITA 2026
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
10/11/2026
Organisasi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Lokasi
Nabawan

Penerangan

KARNIVAL ALAM KITA 2026 Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. 07 November 2026, Nabawan - NRES telah menjemput Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dalam menjayakan Karnival Alam Kita 2026 di Dewan Terbuka Majlis Daerah Nabawan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber asli secara lestari. Karnival ini juga memberi peluang kepada agensi-agensi di bawah kementerian sebagai pempamer dan menyantuni masyarakat setempat sambil mempromosikan perkhidmatan dan fungsi teras jabatan masing-masing. Program berlangsung meriah dan telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Antara pengisian program yang telah dilaksanakan adalah ceramah agama, Onsoi Run, Program Jualan Rahmah, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Perkhidmatan Perbankan Bergerak, Pertandingan Mewarna Berasaskan Alam Sekitar dan Pertandingan Kahoot oleh Jabatan. Tidak ketinggalan acara kemuncak cabutan tiket bertuah yang menjanjikan sebuah motosikal untuk dibawa pulang. JAS Cawangan Sipitang telah mewakili Pengarah JAS Negeri Sabah, hadir ke majlis perasmian, membuka reruai pameran,bekerja sama dengan syarikat kitar minyak masak terpakai mempromosikan program mengumpul minyak masak boleh menjana wang dan Kahoot untuk pengunjung. Jabatan sentiasa komited dalam menjayakan sebarang program seumpama ini pada masa akan datang.