PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA YB DATO DR. RICHARD RAPU @ AMAN ANAK BEGRI KE PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SARAWAK

JAS SARAWAK 09/11/2026 11 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA YB DATO DR. RICHARD RAPU @ AMAN ANAK BEGRI KE PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SARAWAK
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
09/11/2026
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Kuching

Penerangan

9 NOVEMBER 2026, KUCHING – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dato Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri. Sesi kunjungan ini menjadi platform perbincangan dua hala yang memberi tumpuan kepada agenda kelestarian dan kepentingan pemeliharaan kualiti alam sekitar. Perbincangan tersebut menekankan peri pentingnya penjagaan alam sekitar yang mapan demi menjamin kesejahteraan, kesihatan, serta kualiti hidup komuniti setempat. Antara isu yang dibangkitkan adalah kepentingan stesen pemantauan kualiti udara di kawasan Betong. Pertemuan ini turut membuka ruang persefahaman untuk memperkukuh kerjasama strategik antara pihak kepimpinan masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan JAS Sarawak dalam menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar secara holistik dan berterusan.