PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT SARAWAK 2026

JAS SARAWAK 05/11/2026 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT SARAWAK 2026
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
05/11/2026
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Kuching

Penerangan

5 November 2026, Kuching - Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan yang mewakili Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar (MUDeNR); Yang Berhormat Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak; Yang Berhormat Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Hazland bin Abg Haji Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty); Yang Berbahagia Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran); Yang Berbahagia Datu Abang Ahmad Abang Morni, Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty); Yang Berbahagia Datu Jack anak Liam, Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, NREB Sarawak; serta Yang Berusaha Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Majlis sambutan ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) selaku penganjur utama dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak serta rakan-rakan strategik iaitu Press Metal (Bintulu) Sdn. Bhd., DNS Waste Management Sdn. Bhd., Sarawak Waste Management Sdn. Bhd., OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd., ZHA Environmental Sdn. Bhd., SAR-ALAM Indah Sdn. Bhd., Sarawak Energy Berhad dan Chemsain Konsultant Sdn. Bhd. Antara pengisian utama sambutan adalah pelancaran Sarawak Environmental Policy, pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara NREB Sarawak dengan Universiti Putra Malaysia Sarawak, penyampaian hadiah Anugerah Artikel Alam Sekitar 2026 dan Sarawak Youth Green Innovation Competition 2026, serta penyampaian Sijil Apresiasi kepada 14 Pejabat Pendidikan Daerah atas pencapaian 100% pendaftaran Kelab PALS. Sambutan ini turut dimeriahkan dengan pameran bertemakan “Green Careers, Greener Future”. Beberapa program sisipan sempena HASN 2026 telah dianjurkan oleh JAS Sarawak dengan kerjasama rakan strategik iaitu antaranya Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 yang telah diadakan pada 1 Oktober 2026 di Auditorium SMK St Joseph, Kuching dan Program Misi Hijaukan Bumi bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) pada 27 Oktober 2026 bertempat di SJK (Cina) Pangkalan Baru, Padawan. Setinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan semua rakan strategik di atas kejayaan penganjuran Majlis Sambutan HASN Peringkat Sarawak Tahun 2026. Semoga komitmen dan sinergi yang terjalin terus memperkukuh usaha pemeliharaan alam sekitar demi masa depan bumi Sarawak yang lestari.