PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

VIDEO RANGKUMAN SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH

JAS SABAH 13/11/2026 11 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
VIDEO RANGKUMAN SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
13/11/2026
Organisasi
JAS Sabah
Lokasi
Keningau

Penerangan

VIDEO RANGKUMAN SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH Sekitar kemeriahan Sambutan Hari Ozon Sedunia 2026 Peringkat Negeri Sabah yang telah berlangsung pada 23 Oktober 2026 bertempat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau, dengan membawa tema "Global Action for A Cooler Planet". Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat, khususnya generasi muda, mengenai kepentingan melindungi lapisan ozon serta peranan bersama dalam menangani isu perubahan iklim dan memelihara kelestarian alam sekitar. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang program, antaranya: • Program Ceramah Kesedaran Alam Sekitar dan Perlindungan Lapisan Ozon • Aktiviti Penanaman Pokok • Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik Isi Rumah (Household E-Waste) • Kuiz Kahoot • Pertandingan Video Pendek Terima kasih kepada pihak IPG Kampus Keningau, para guru pelatih, rakan strategik serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan sambutan ini. Bersama-sama kita mengambil tindakan untuk melindungi lapisan ozon demi bumi yang lebih sejuk, sihat dan lestari untuk generasi akan datang. Global Action for A Cooler Planet! #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah #HariOzonSedunia2026 #GlobalActionForACoolerPlanet #AlamSekitarTanggungjawabBersama