Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- VIDEO RANGKUMAN PROGRAM MEMPERKASA KOMUNITI ALAM SEKITAR (MKAS) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 13/11/2026
- Organisasi
- JAS Sabah
- Lokasi
- Keningau
Penerangan
VIDEO RANGKUMAN PROGRAM MEMPERKASA KOMUNITI ALAM SEKITAR (MKAS) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH
Sekitar kemeriahan Program Memperkasa Komuniti Alam Sekitar (MKAS) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2026 Peringkat Negeri Sabah yang telah berlangsung pada 24 Oktober 2026 bertempat di Kg. Magatang, Keningau.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dengan pelbagai pengisian menarik yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
Antara aktiviti yang telah berlangsung termasuk:
• Majlis Perasmian
• Enviro Fun Run 2026
• Pengumpulan sisa elektrik dan elektronik isi rumah (Household E-Waste)
• Pameran Alam Sekitar
• Cabutan Tiket Bertuah
• Program Membeli Semula Bateri Kereta Terpakai
• Kombo MADANI FAMA
Terima kasih kepada semua komuniti setempat, peserta, rakan strategik, agensi terlibat dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Ayuh bersama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama!
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jassabah
#harialamsekitarnegara2026
#alamsekitartanggungjawabbersama