Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN COMMAND AND CONTROL (CAC) DI SEBUAH KILANG KELAPA SAWIT DI DAERAH TAWAU
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 13/11/2026
- Organisasi
- JAS Sabah Cawangan Tawau
- Lokasi
- Tawau
Penerangan
PEMERIKSAAN COMMAND AND CONTROL (CAC) DI SEBUAH KILANG KELAPA SAWIT DI DAERAH TAWAU
10 November 2026, Tawau - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah menjalankan pemeriksaan Command & Control (CAC) di sebuah Premis Kilang Kelapa Sawit daerah Tawau sebahagian daripada aktiviti pemantauan terhadap keperluan perundangan alam sekitar yang berkuat kuasa.
Pemeriksaan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan alam sekitar di premis termasuk keadaan persekitaran kawasan (operasi), pengurusan Boiler & Janakuasa serta Pemeriksaan Rawatan Air Sisa bagi kemudahan dan sistem kawalan pencemaran yang berkaitan.
Selain dari pemeriksaan fizikal, rekod dan dokumentasi berkaitan turut disemak bagi menilai tahap pematuhan premis. Pihak premis juga diberikan ulasan dan nasihat berhubung perkara yang memerlukan perhatian secara langkah penambahbaikan yang bersesuaian.
Jabatan Alam Sekitar akan terus melaksanakan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan secara berkala bagi memastikan operasi premis kilang dilaksanakan dengan mengambil kira aspek perlindungan alam sekitar serta mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan.
#JabatanAlamSekitar
#jassabah_november2026
#alamsekitartanggungjawabbersama