PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL DAN PENGUJIAN KECEKAPAN MESIN RAWATAN SISA KLINIKAL MENGGUNAKAN TEKNOLOGI GELOMBANG MIKRO DI LOJI RAWATAN SISA KLINIKAL LOK KAWI, SABAH

JAS SABAH 13/11/2026 11 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TEKNIKAL DAN PENGUJIAN KECEKAPAN MESIN RAWATAN SISA KLINIKAL MENGGUNAKAN TEKNOLOGI GELOMBANG MIKRO DI LOJI RAWATAN SISA KLINIKAL LOK KAWI, SABAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
13/11/2026
Organisasi
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Lokasi
Kota Kinabalu

Penerangan

LAWATAN TEKNIKAL DAN PENGUJIAN KECEKAPAN MESIN RAWATAN SISA KLINIKAL MENGGUNAKAN TEKNOLOGI GELOMBANG MIKRO DI LOJI RAWATAN SISA KLINIKAL LOK KAWI, SABAH KOTA KINABALU, 11 November 2026 – Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama syarikat konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) iaitu Sedafiat Sdn. Bhd. telah menganjurkan satu sesi lawatan teknikal dan pengujian kecekapan mesin rawatan sisa klinikal menggunakan teknologi gelombang mikro di Loji Rawatan Sisa Klinikal Lok Kawi, Sabah. Selain Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah yang telah dijemput untuk menyertai lawatan teknikal dan sesi pengujian ini, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Radicare (M) Sdn. Bhd., Medivest Sdn. Bhd. serta beberapa agensi kerajaan persekutuan dan negeri turut hadir dalam sesi yang telah dilaksanakan pada 11 November 2026 (Rabu) ini bermula dari jam 09.00 pagi hingga 04.30 petang.  Sesi lawatan teknikal dan pengujian ini telah dihadiri seramai lebih kurang 50 orang terdiri daripada wakil agensi dan Jabatan Persekutuan dan Negeri, bertujuan untuk membuktikan pelaksanaan pengujian kecekapan mesin rawatan sisa klinikal menggunakan teknologi gelombang mikro (microwave) yang dibekalkan oleh Syarikat Ecosteryl berpangkalan di Eropah. #NRES #jabatanalamsekitar #jassabah_november2026 #alamsekitartanggungjawabbersama