PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

DARI BILIK DARJAH KE AMALAN LESTARI: JAS PERAK DEKATI WARGA SK DATO’ PANGLIMA KINTA

JAS PERAK 04/11/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
DARI BILIK DARJAH KE AMALAN LESTARI: JAS PERAK DEKATI WARGA SK DATO’ PANGLIMA KINTA
Subjek
CERAMAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
13/11/2026
Organisasi
SK DATO’ PANGLIMA KINTA
Lokasi
ipoh

Penerangan

04 November 2026, Ipoh – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak telah memenuhi jemputan menyampaikan ceramah bertajuk Sustainable Development Goals (SDG) sempena Program Inovasi Matlamat Pembangunan Mampan di Karnival KITA MADANI, bertempat di Sekolah Kebangsaan Dato’ Panglima Kinta, Ipoh. Sesi perkongsian ilmu tersebut telah disampaikan oleh Puan Nor Juliana binti Jaafor, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, dengan penglibatan seramai 246 orang murid. Mereka didedahkan kepada pelbagai elemen inovasi serta amalan mesra alam praktikal yang mudah diterapkan dalam rutin harian. Bagi menyuntik semangat dan komitmen awal terhadap kelestarian alam, program diserikan lagi dengan sesi bacaan ikrar Skuad Cilik JAS Perak untuk membentuk generasi muda yang peka, berilmu, dan bertindak balas terhadap isu-isu pencemaran persekitaran. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga sekolah atas penganjuran program yang berimpak tinggi ini demi melahirkan generasi pewaris Malaysia MADANI yang hijau, sihat, dan mampan. #NRES #JabatanAlamSekitar #JASPerak_November2026 #AlamSekitarTanggungjawabBersama #PerakBumiLestari