PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

AIR BERSIH, MARIN TERPELIHARA: BILA KOMUNITI & AKADEMIA BERGANDING BAHU!

JAS PERAK 04/11/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AIR BERSIH, MARIN TERPELIHARA: BILA KOMUNITI & AKADEMIA BERGANDING BAHU!
Subjek
CERAMAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
13/11/2026
Organisasi
UNIKL MIMET
Lokasi
lumut

Penerangan

Tahukah anda, memelihara kualiti air laut bukan hanya tugas pihak berkuasa, tetapi tanggungjawab kita bersama terutama komuniti pesisir dan pengusaha akuakultur? 04 November 2026, Lumut – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak berbesar hati memenuhi jemputan sebagai rakan kerjasama bagi Program UniKL Knowledge Transfer Program (UKTP) 2026: ‘Community Training on Marine Water Quality Monitoring for Clean Water and Sanitation (SDG 6)’ anjuran UniKL-MIMET di SK Kampung Baharu. Antara sorotan menarik program: Pemindahan Ilmu: Pendedahan teknik pemantauan kualiti air marin dan langkah praktikal mencegah pencemaran. Sokongan SDG 6: Menghayati Matlamat Pembangunan Mampan: Air Bersih & Sanitasi. Penyertaan Pelbagai Generasi: Melibatkan 30 orang murid sekolah rendah dan 30 orang pengusaha ikan sangkar sekitar Daerah Manjung! JAS Perak sentiasa menyokong penuh sinergi seperti ini. Apabila institusi pengajian tinggi, pemain industri akuakultur, sekolah, dan agensi kerajaan bersatu hati, impak kelestariannya pasti berganda! Syabas UniKL-MIMET atas inisiatif hebat ini. Ayuh kita terus jaga perairan kita demi ekosistem laut yang sihat dan sumber makanan yang selamat! #NRES #JabatanAlamSekitar #JASPerak_November2026 #AlamSekitarTanggungjawabBersama #PerakBumiLestari #UniKLMIMET #SDG6 #AirBersihSanitasi